"Countdown" PMR
"Countdown" SPM
"Countdown" STPM
SMK Sook
Majlis Ulang Tahun S.M.K Sook Ke 12 dan Majlis Perpisahan En. Upilin @ Abd.Samad PK 1
MAJLIS ULANG TAHUN S.M.K SOOK KE 12
DAN
MAJLIS PERPISAHAN EN. UPILIN @ ABD. SAMAD, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN KURIKULUM
Pada 4.2.2013, pihak pentadbiran S.M.K Sook telah menyambut sambutan ulang tahun sekolah kali ke 12. Sambutan ini telah diraikan dengan ucapan sambutan ulang tahun Tuan Pengetua, En. Ahmud Bin Haji Saribin. Selepas ucapan pengetua, majlis ini diteruskan dengan upacara pemotongan kek ulang tahun sekolah oleh warga pendidik S.M.K Sook. Majlis sambutan ini dijalankan didepan para pelajar sekolah yang dikumpulkan di dataran perhimpunan. Majlis ulang tahun ini dimulakan pada pukul 9.00 pagi di dataran perhimpunan dan tamat pada pukul 9.45 pagi dengan acara penyampaian potongan kepada semua pelajar sekolah. Para pelajar mendapat sepotong kek setiap seorang yang diterima oleh mereka melalui barisan yang panjang mengikut giliran.
Pada tarikh yang sama, majlis perpisahan En. Upilin @ Abd. Samad Bin Abd. Rahman telah disambut. Majlis ini telah dijalankan pada waktu malam di Hotel Perkasa. Majlis ini bermula pada pukul 7 pm dan tamat pada pukul 10 pm. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan En. Upilin yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum S.M.K Sook yang akan berpindah sebagai penyandang jawatan yang sama ke S.M.K Keningau 2 bermula pada 5.2.2013. Tetamu jenputan khas yang turut hadir ke majlis ini selain warga sekolah ialah Tuan Pegawai PPD, En. Masly Wahip, bekas-bekas pengetua S.M.K Sook, bekas guru dan AKS sekolah dan juga pegawai-pegawai PPD. Kehadiran mereka telah memeriahkan lagi majlis perpisahan ini. Majlis ini juga turut diserikan dengan tayangan klip video yang memaparkan jasa En. Upilin kepada sekolah di sepanjang perkhidmatan beliau.
JASAMU SENTIASA DIKENANG
SEMOGA BERJAYA


